Зарегистрироваться
Восстановить пароль
FAQ по входу

Kamus Biologi Mikrobiologi

  • Файл формата pdf
  • размером 2,87 МБ
  • Добавлен пользователем
  • Описание отредактировано
Kamus Biologi Mikrobiologi
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990. — 74 p.
Syukur alhamdulillah diucapkan ke hadirat Ilahi kerana hanya dengan izin-Nya juga Kamus Istilah Biologi: Mikrobiologi ini dapat diselesaikan penyusunannya dalam bentuk seperti yang dipaparkan ini. Usaha penyusunan kamus ini sebenarnya sejajar dengan keputusan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (Mabbim) yang sebelum 3 November 1987 dikenali sebagai Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) berhubung dengan kamus istilah. Disebabkan beberapa hal yang tidak dapat dielakkan, hanya pada tahun 1989 dapat dimulakan pengeditan kamus ini dan diterbitan pada tahun ini. Untuk tujuan itu, Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia (JKTBM) melalui Dewan Bahasa dan Pustaka dan anggota Jawatankuasa Istilah Biologi Antara Universiti (JIBAU) telah bekerjasama menanganinya sehingga selesai dan dapat diterbitkan.
Penerbitan Kamus ini merupakan langkah memantapkan istilah yang telah terbentuk seperti yang terdapat pada buku-buku istilah yang pernah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Oleh sebab Mabbim telah menetapkan yang bidang biologi dibincangkan menurut subbidangnya, JIBAU telah memutuskan untuk menerbitkan istilah subbidang Mikrobiologi. Walau bagaimanapun beberapa entri telah digugurkan kerana difikirkan hanya kata masukan yang khusus sahaja dalam subbidang Mikrobiologi dimasukkan.
  • Чтобы скачать этот файл зарегистрируйтесь и/или войдите на сайт используя форму сверху.
  • Регистрация